Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan
yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu
kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga
membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong
menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat
dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian
maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.
SEPAK RAGA
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa
itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga
menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan
nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi
bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga
diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar
isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Permainan ini dimulakan dengan salah
seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan
menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau
bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya
tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut
ditamatkan.
BATU SEREMBAN
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut
atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh
kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan
secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia
menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan
objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji.
Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat
beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan
peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan
sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang
teratas dinamakan buah tujuh.
MAHJONG
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal
dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk
juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh
menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular
sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.
GO
Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali
sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang
kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya
menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.
XIANG QI
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang
pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk
kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan
ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China.
Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia.
Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang
melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam
garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang
mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
YO-YO CINA
Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai
dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina
akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil.
Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada
jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun
1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada
buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah
yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan
laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.
KHO-KHO
'Kho-kho' merupakan satu
permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang
berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda.
Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil
pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain
akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini
memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk
megelak peserta-peserta lain.
Bagi permainan kho-kho, setiap
kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi
satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran
diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar
(chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang
permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan
secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak
sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan
dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar
menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan
telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had
garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli
pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh
kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2
giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini,
keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.
CHATURANGA
Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama
Charuranga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini
sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan
kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau
dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno,
papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.
Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.
Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu.
Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.
Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.
Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk.
Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.
Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu.
Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.
Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.
Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk.
KABADI
Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam
permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan
tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan
bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan
Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan
hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan
komuniti Asia British. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana
terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m
(separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain
simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5
minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan
menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk
menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada
pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang.
Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan
tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain
pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk
menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika
penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan
padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah
tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan.
Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor
dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan
tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan
menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini
terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua
pembantu penjaring.
CONGKAK
Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak
dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya
dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca,
buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak
hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14
lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap
hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan
congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak
lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya.
Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan
sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan
menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka
akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan
dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga
buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan
sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau
mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang
dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung
tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya
mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh
meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana
kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan,
maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan
permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain
mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak
cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain
pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku
kalah.
GASING
Gasing popular di
Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis
gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing
kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing
buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan
Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
Gasing dimainkan
dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah,
dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri
dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
WAU
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat
digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke
15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam
pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau
katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan,
wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu.
Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang
dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan
permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding
Pada kebiasaannya
wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang
lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka
tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya
sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah
cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
GULI
Guli adalah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat
dari kaca, tanah liat atau akik.
Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah
permainan lain, contohnyacongkak. Ramai juga yang mengumpul guli,
sama ada untuk nostalgia atau warna estetiknya.
Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai
sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh
dan dua belas tahun.
Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan
lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli.
Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang
diperbuat daripada batu kpaur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.
TENG TENG
Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan
yang selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak
begitu lasak walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak
memerlukan daerah yang besar.
Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat
orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk
jumlah orang di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain
didalam satu gelanggang, ia akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain
untuk berteng-teng.
Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat
sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga
perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di
petak-petak gelanggang.
Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat
keseronokan, mengisi
masa lapang
ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan. Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah, ataupun seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi terdapat perbezaan antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu dan permainan sekarang akan dibincangkan selepas ini.
ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan. Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah, ataupun seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi terdapat perbezaan antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu dan permainan sekarang akan dibincangkan selepas ini.
Permainan-permainan dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau
permainan gasing mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan
keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan secara
berkumpulan dimana mereka mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan
berkongsi tenaga, pendapat, dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti
seperti ini dapat dilaksanakan. Manakala bagi permainan sekarang, biasanya
adalah permainan komputer yang tidak melambangkan apa-apa dan tidak perlu
dilakukan oleh sekelompok manusia serta tidak dapat mengeratkan hubungan antara
manusia seperti permainan dahulu. Selain itu, permainan komputer akan
menyebabkan ketagihan di kalangan pemain. Pemain yang terlalu ketagih kepada
permainan tersebut tidak akan mempedulikan kesihatan mereka, tidak makan atau
tidur semata-mata untuk bermain permainan tersebut.
Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza
dengan permainan sekarang yang berunsur ganas seperti permainan-permainan
komputer seperti counter strike yang bersifat ganas yang mendapat sambutan
hangat daripada golongan remaja lelaki. Ini dengan secara tidak langsung
akan mencemarkan minda golongan orang muda zaman ini.
KESIMPULAN
Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat
dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional
yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang
bersama dengan peredaran zaman. Yang sedihnya ada dikalangan anak muda sekarang
tidak mengenali permainan-permainan tradisional tersebut seperti congkak,
layang-layang, gasing, wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi
dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama
manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara
warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan
tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada
pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan
rakyat Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang
perkara tersebut mereka hanya inginkan keseronokan dan mengikuti segala
perubahan teknologi terkini sehigga melupakan warisan yang perlu dijaga juga.
Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi
pada masa yang sama masih lagi memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang….